Bercuti Lagi??

Dalam masa terdekat ini (bukan sekarang la tapi minggu pertama Mac) saya akan pergi bercuti.. lagi.. ya lagi.. haha. awal giler nak bagitau.. ya!! cuma kali ini saya tidak ditemani sesiapa.. saya pergi secara solo.. seperti biasa sebenarnya memang saya suka bercuti sorang2.. cuma sekali dua dalam setahun saya akan bercuti ramai2 bersama rakan2.. yang lainnnya adalah pengembaraan saya secara sendirian.. bukan ape, senang nak travel bila sorang2 ni.. dari situ saya akan pelajari sesuatu dan mengalami pengalaman mengikut rasa hati saya sendiri.. erk?? faham tak?? haha. abaikan..

dan rasanya tak perlu saya maklumkan dimana destinasi yang saya pilih.. hehe :) ok noktah!! hah pengalaman bercuti sendirian ni memang jarang dirasai oleh orang lain.. sebab ramai dikalangan kita memilih untuk bercuti secara berkumpulan, bersama rakan2 dan keluarga kan.. bagi saya, kelebihannya bercuti secara solo ni dapat memberikan kepuasan diri sendiri dengan meneroka sendiri tempat yang benar2 nak saya tuju.. tanpa memikirkan kehendak dan keperluan orang lain.. itu mungkin lebih mudah dan selebihnya mengikut gerak hati dan juga langkah kaki.. hihihihi.. selain itu saya sendiri yang menentukan kemana yang hendak saya pergi dan segalanya terletak pada keputusan sendiri.. bunyinya agak pentingkan diri jugak ye. hahah yelar.. takkan da bercuti sorang2 tapi tetiba nak telefon member lepas ni nak saya kemana pulak kan?? :p kompem kena carut free jer..


cuma ada beberapa risiko la jugak.. bagi perempuan tu saya nasihatkan supaya baik jangan nak melancong sorang2.. saya lelaki tak kisah kalau sorang2 sebab kurang la sikit risiko utk diculik atau diapa2kan tu.. haha.. cuma risiko keselamatan tu yang kena jaga.. kemana saya pergi saya akan pastikan saya tahu atau da study tempat tu betul2.. saya da bace peta tempat tu (ade jugak peta), saya tau no telefon polis pelancongan, kawasan yang berhampiran dgn pusat keselamatan.. saya akan pastikan kawasan itu ada 3G ataupun tidak.. dan juga harga barangan, servis dan kemudahan setempat.. ini untuk mengelakkan dari ditipu.. selain itu saya akan bersedia dengan tempahan hotel dan tempahan dengan sebarang bentuk aktiviti perlancongan.. pembayaran dan segala maklumat kawasan setempat biasanya saya akan dapatkan dari hotel tempat saya menginap.. 

dan kalau boleh dapatkan maklumat sebanyak mungkin dari kawan2 yang pernah pergi, kawan2 yang tinggal di tempat itu atau dapatkan maklumat dari ejen perlancongan anda.. jadi, walaupun kita tak pernah pergi kawasan tu, tapi oleh sebab kita da belajar betul2 tentang kawasan terbabit kita akan familiar dengan kawasan terbabit.. InsyaAllah.. :)

jadi takde apa nak tulis lagi.. semoga saya berjaya bercuti lagi bulan depan.. selamat semuanya!! bye ;p




P/S: DATANG TAK BERJEMPUT, PULANG TAK BERHANTAR..




Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

3 comments:

Akma Che Oms said...

yup...betul 2...mmg tringin sgt nk p holiday alone2...one day hope bleh cpa impian...nway eppy oliday...nti msuk blog ek!!!

Clumsy Boy said...

travel dgn transport sendiri or guna trnsport awam?

ryuhazmie said...

haha.. baiklah. :)