Baru Tapi Tak Baru! Cuti Tapi Tak Cuti!

Syukur da bulan kedua bagi tahun 2011 ni.. semua berjalan seperti dirancang.. kerja2 dapat dilaksanankan dengan lancar.. rezeki tidak pernah putus.. kesihatan juga sentiasa baik.. dan ketenangan hati sentiasa menjadi teman setia.. syukur alhamdulillah :) sesungguhnya anugerah ini tidak dapat dibalas oleh aku insan kerdil ciptaanNya..

aku baru je balik dari bercuti.. ini bukan cuti yang aku rancang dulu sebab ini hanyalah cuti sempena tahun baru cina je.. so aku pun amek la kesempatan untuk berjalan2 di Johor Bahru!! selain tuh aku jugak ade jemputan majlis kawen adik boss aku.. so aku dan kawan2 opis pun pergilah.. kira pakej percutian dan majlis perkahwinan la.. sebab penginapan dan makanan ditaja okeyh! hahahah!!

sedikit bingkisan dari johor bahru: aku dan rakan2 memulakan perjalanan seawal 7am dari perak dan sampai di johor pada jam 12tghari.. kejung punggung sebab penat duduk je.. so, kami banyak membuang masa berjalan2 sekitar johor bahru.. betul la kata orang, indahnya negara kita ni.. lain kali melancong dalam negara je.. jadi tanpa membuang masa aku asek merayap je sepenjang mase kat sane!!


di johor bahru aku tak melepaskan peluang untuk merasai keenakkan makanan tempatan.. yang pasti tentulah otak2 menjadi buruan aku.. setelah itu yong tau fu juga tak kurang hebatnya.. semua tuh aku makan pada hari yang sama.. keesokannya aku pergi menikmati steamboat.. sampai stim aku makan.. setelah stim aku makan pulak tahu bakar!! perghh!! terangkat beb!! selain itu johor bahru terkenal dengan murtabak tebal!! hah!! harga murtabak tuh cuma RM 5.90 je!! best!!! tapi memang tebal giler!! kalau tak tebal bukan murtabak! kalau bukan murtabak bukan RM 5.90 harga dia!! hahahah dan lagi satu,  kalau datang johor, jangan lupa nasi ayam penyet!!


selain itu, johor bahru juga terkenal dengan suasana keindahan kotaraya yang merupakan ibu negeri johor! so tempat lepak aku dan rakan2 ialah di pasar karat yang berada betul2 ditengah kotaraya itu.. mungkin biasa bagi masyarakat setempat, tapi bagi aku pasar karat ini sangat menarik.. di pasar karat inilah kita dapat melihat sendiri keunikkan masyarakat di negeri johor darul takzim.. pada malm itu kami dihiburkan dengan persembahan tarian zapin dan nyanyian band yang membawa lagu2 tradisonal dan moden.. seronok lah!! tak sangka jugak jumpa member lama aku wat show kat situh!! hahahah!! danga bay pun seronok jugak malam2.. merasa jugak aku naik kenderaan kecil.. ape tuh?? hahahah beca lah tapi kena kayuh sendiri.. naik ramai2 kayuh sampai lebam! tak lepaskan peluang aku merayap ke puteri harbour!! wah konsep putrajaya.. cantekk!! banyak kapal layar!!


adat perkahwinan di negeri johor juga unik.. dimulakan dengan majlis doa selamat dan ucapan dari tuan rumah kepada semua saudara mara.. setelah itu majlis akad nikah bermula.. malam berinai juga dilakukan.. memang best lah!! selain itu pengantin diarak dengan diiringi pukulan jidur.. selalunya tempat lain kompang tapi di johor jidur dimainkan sepanjang perakakkan pengantin.. persembahan silat menjadi persembahan utama.. memang syok! belum lagi tengok tol tol tuh!! kalah lebuhraya PLUS!! selain itu kami dihidangkan dengan nasi beriani.. lauk2 dia perrghhh!! pitam!! mase hari kerja tuh pulak ade nasi ambang!! memang hebat!! makanan memang banyak!!


cuma mungkin ade yang terlepas pandang.. aku terasa agak sensitif bila kedua mempelai sedang menjamu selera, mereka dihiburkan dengan tarian moden!!! hah?? ya.. ader persembahan tarian dengan menggunakan lagu2 hits korea.. aku tengok da macam wondergirls yang tak jadi.. da macam wonderpets pulak yang menari tuh!! kejilah!! majlis kawen menarilah tarian zapin ke.. tarian tradisonal lain banyak lagi dik!!! mane tunjang jati diri melayu di negeri tuh?? malas nak kate aku diam je.. sebab terkejut!!

tapi apepun memang seronok sepanjang aku di Johor Bahru.. lepas ni aku nak jalan2 lagi mungkin.. hahahah.. aktiviti akan diteruskan dengan rakan2 baik aku yang lain.. ya sememangnya kita harus menikmati hidup ini dengan baik!! senyum!!


p/s: indahnya dunia ciptaan Tuhan.. Jangan kita leka padanya~ SENYUM =)


Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

2 comments:

@reltzsensei said...

johor best kn???hik3...npe xmkn mee bandung??sedap weh...

Ryu Hazmie said...

tapi tak sehebat sabah dan perlis!