Aku Nak Lari! Sebab??

Huh bengang tol bila ingat balik tahun lepas cuti aku tak diluluskan!! padahal aku da penat buat kerja bertungkus lumus sepanjang tahun.. sampai berserabut! tibe2 je cuti tak lulus!! kalau korang bengang tak?? bengang kan!? sape tak bengang sila tutup blog ini.. tau pun! tapi tak kesah lah.. sebab tahun ni aku da plan baikk punya!! hahahahaha!!



jadi tarikh percutian aku da ditetapkan.. pada bila?? biarlah rahsia!! bercuti dimana?? biarlah rahsia (nanti aku update la kat blog) dan dengan siapa?? dengan siapa lagi kalau bukan kekasih baru aku Diana!! (yup, dialah kekasih aku : kamera diana mini yang da lama aku idamkan) yang lainnya tu semua aku uruskan sendiri. sebab memang aku sangat memerlukan cuti ni.. bukan untuk apa pun.. hanya untuk aku! persetankan semua yang disini.. tapi hanya untuk sementara lah! :)

seperti biasa, aku akan bersiap sedia dengan segala kelengkapan dan hal2 lain.. aku da rase berat sangat awal tahun ni.. kepala aku rase macam ade 500kg batu!! bayangkan kalau betul erk?? hahahah tak terangkat kepala beb! haha itu cuma perumpamaan je..

korang pelik tak kenapa aku suka bercuti sorang2?? pelik tak? pastu aku takkan cerita pun kat sape dimana aku bercuti!! dengan member2 pun aku cakap yang aku pergi kl atau balik kampung je! kalau pelik sila bagitau.. kalau tak pelik, takpelah aku pun taknak cerita.. daaa~

p/s : ryu sangat sukakan pantai dan kawasan pergunungan!


Sekecil Hati Hamster (Ryu Hazmie)

No comments: