Tanpa Kata

Berjaga saya malam2 begini.. Takde tujuan, tangan gigih melipat kertas origami pelbagai warna buat gantungan di sudut bilik. Firasat saya menggambarkan bahawa akan ceria sedikit bilik tidur ni dengan warna warni burung jinjang tu nanti..

~Saya di landasan baru yang tak siapa tahu.. Keluar dari dunia lama yang saya sendiri rela tinggalkan.. Perlahan2 saya mula berjaya mengikut rentak hidup baru ni. Buat mereka yang tercari2 di mana saya, mendoakan saya, mengingati saya dan segalanya.. Saya kembalikan semua itu pada kalian juga dan memohon agar Tuhan memberkati kita semua. Mohon maaf kerana kini saya masih di tempoh perawatan bukan sahaja dari segi zahir tetapi juga batinnya juga.

Harapan saya umpama gantungan origami si burung jinjang yang berwarna warni. Selebar lipatan sayap agar dapat menggapai semua impian baru.. Kerana yang lama itu sudah saya padam dan saya kini adalah lelaki bersayap yang tidak bisa terbang tetapi mampu berlari laju..

P/S: TUHAN ADA BUAT KITA..

:: Doa Buat Si Anjing Jalanan ::

Kisah Seekor Anjing Jalanan Tidak Bertuan Yang Sentiasa Ada Di Stesen LRT. Ia Tidak Mengganggu Orang Selain Mahu Makanan Dan Bermain. Saban Hari Aku Akan Bekalkan Ia Makanan Samada Diwaktu Pagi Atau Malam.. Namun Kebelakangan Ni: Xda Lagi.. Bekal Yang Aku Bawa Sentiasa Di Dalam Beg.. Semoga Allah Merahmati Makhluk CiptaanNya Itu..

:: Doa Dari Kejauhan ::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah berjaya melepasi hampir seminggu di bulan ramadhan. hikmah 10 hari pertama di bulan Ramadhan Allah SWT memberikan rahmat dan limpahan pahala dari berbagai amalan yang kita lakukan selama puasa. Semoga kita semua berjaya menjalani bulan mulia dengan segala kebaikkan.

Saya percaya segala doa kita didengari Allah kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya. ketika kita sedang berasa jatuh tersungkur tanpa kita duga sebenarnya ada yang menyambut dan meletakkan kita dengan cara yang paling berhalus..

Pada entri yang lepas menyaksikan saya agak beremosi dalam penulisan tersebut. percayalah ia hanyalah luahan yang mampu saya buat untuk melepaskan apa yang terbuku dari hati. sebanyak mana dugaan yang kita rasakan; bersyukurlah kerana masih ada orang yang lebih tabah dari kita.

saya juga mahu sesiapa yang membaca entri ini melihat dari sisi atas dan bandingkan bahawa setiap dari kita mempunyai dugaan masing2 dalam cara yang berbeza. Allah mendatangkan kita dugaan kerana Dia tahu kita mampu mengatasinya.. Jangan kecewa dengan dugaan yang menimpa. tangani dengan keredhaan dan keimanan.

Seperti satu peringatan, ketika saya mengeluh dengan masalah sendiri, saya mendapat berita mengatakan seorang rakan saya ditimpa musibah dan pasti apa yang menimpanya berkali ganda dari saya.. Seolah2 Allah mahu saya membuka minda bahawa bersyukur dengan dugaan yang diberikan kepada saya selama ini.

Ternyata kini saya hanya mampu menitip doa buat rakan saya dari jauh. dia seorang yang ceria dan suka membuat orang lain ketawa. kini biar saya dan rakan2 lain pula buat dia ketawa. *Buat Hamidee aka Manja.. Kita semua kawan2 sayang kau.. Tabahkan hati. Kuatkan Semangat. Allah ada.. :-)